Tuesday, February 21, 2012

Comments: (0)

Jatuh sakit



Setelah 6 bulan tak melakukan apa-apa aktiviti yang mengeluarkan peluh dek kerana komitmen kerja, aku tekad untuk turun ke gelanggang badminton.

Sejak asyik senang ditimpa sakit-sakit dan demam, niat di hati untuk kembali bergiat aktif dengan aktiviti yang sihat semakin berkobar-kobar bak anak muda yang terpilih mewakili sekolah.

Dalam game yang ke-3, tiba-tiba pandangan ku agak kabur dan bintang-bintang sudah mula terukir.

Dalam hati aku dah berkata "Aduh, ni macam dah nak pitam"...tapi boleh pulak aku habiskan game tu walaupun dah longlai.


Akibatnya, seminggu terlantar seperti orang hilang kudrat. Buat full medical checkup, semuanya ok kecuali tahap kolestrol yang tinggi.

Mungkin gara-gara diet pemakanan yang rakus akibat daripada berhenti merokok atau cuma tak buat senaman regangan badan...

Monday, February 20, 2012

Comments: (0)

Hello 2012!

Macam tahun-tahun yang sebelumnya..azam tahun baru bagi manusia bergelar perokok pasti ada diselitkan di hati sanubari mereka untuk berhenti merokok.

Dan juga macam tahun yang sebelumnya, azam itu hanya akan bertahan selama mana kehangatan taik ayam yang masih segar sesegar manusia yang galak menyambut tahun baru.

Tapi tidak bagi aku, kerana hingga saat ini, sudah 257 hari aku mula mengenal erti oksigen yang sebenar. Haha..yelah selama ni asyik sedut oksigen yang di adun dengan pelbagai campuran perasa yang beracun.

Dan buat pertama kali, aku berjaya mencapai matlamat azam tahun baru aku. Bukan kah ia sesuatu yang mengasyikkan?

Tapi...ok lah, secara jujurnya...pernah jugak lah kantoi sekali dua...terhisap, nak buat macam mana kan, aku hanya manusia biasa yang lemah akan dugaan dan godaan. Tapi itu masa awal-awal dulu..sekarang tidak lagi. Mungkin dalam entri yang seterusnya aku akan cerita.