Aku dah mencapai matlamat lebih 100 hari tanpa nikotin. Suatu perkara yang dulunya aku rasa amat mustahil dan ajaib namun tak disangka aku berjaya juga. Dah boleh buat filem dah tajuk 100 hari tanpa nikotin..kalau ada tuan director nak buat filem macam ni boleh cari aku. Kalau National Geographic nak buat dokumentari pun boleh.
Pelbagai dugaan, ujian aku terpaksa tempuhi dalam mereliasasikan matlamat aku ni. Sudah beberapa kali hampir tertewas dengan nyaris membakar sepuntung rokok. Semuanya gara-gara tekanan kerja dan hidup serta pelawaan syaiton-syaiton yang sengaja mahu melumpuhkan semangat aku. Namun itu semua dapat aku tepis.
Syukur, alhamdulillah. Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat aku supaya aku berjaya berhenti selama-lamanya. Amin.
3 comments:
bro....
salute!
cane la nk bg die start and stick like u?????
bro, "start" tu satu hal, nak "stick" pulak tu satu hal yang lain pulak...apakata at least cuba "start" dulu tengok camne..
cm hampeh la bro. die sendrik g bli niquitin dpn2 i. i ckp kat die yg die tak redi lg. tp tah hape hangin die ritu nk bli.
smpi sudah tak penah pun mkn mende alah tu, and still berasap.
cane nih.....????
Post a Comment