Sunday, February 9, 2014

Comments: (0)

2014 - Misi Selesai !!

Tak sangka,

Dah 3 tahun rupanya aku mula cuba berhenti rokok,

Kalau ikut kiraan hari, dah 977 hari dan kalau aku beli sehari sekotak rm10, maknanya aku dah jimat Rm9770!! Wow! Dah bleh buat downpayment kereta baru atau untuk orang bujang dah leh buat hantaran kahwin tu!

Kelakar pulak baca entri-entri lama, "struggle" gila nak tahan dari hisap rokok. Sekarang ni dah takde mende dah rokok-rokok ni.

Walaupun sepanjang 3 tahun ni ada ngelat sikit kadang-kadang terhisap balik, terlayan vapor...akhirnya aku bebas dari cengkaman rokok dan segala jenis adik beradiknya.

Alhamdulillah...tapi ada problem baru lah pulak, lidah rasa sedap je bila makan, badan dah mula naik lah pulak....sikit lagi jer berat nak cecah angka keramat 3 digit 100kilo!

Oleh itu, aku nak bukak blog baru untuk misi seterusnya! "Lost weight in 6 months!"

Adios amigos!



Thursday, March 14, 2013

Comments: (0)

Lihat betapa sihatnya badan selepas berhenti merokok





Wednesday, March 6, 2013

Comments: (0)

RM6360

Hari ni dah 636 hari aku quit smoking sejak 9Jun 2011.

Maknanya, duit yang sepatutnya aku guna untuk beli rokok sekotak sehari tu dah terkumpul sebanyak RM6360.

Tapi pelik jugak aku bila check akaun dalam bank takde pun banyak tu.

Mana perginya? Hahaaa...


Tuesday, March 5, 2013

Comments: (0)

Rokok elektronik - Vapor

Nampaknya ada rokok alternatif baru tengah hot di pasaran.
Katanya lebih jimat dan "menyihatkan".
Takde asap dan bau.
Lebih kurang macam hisap shisha.
Ada orang nak cuba quit smoking tak letak nikotin.

Macam best pulak yer :)







Comments: (0)

Saya kembali!

Apa yang akan berlaku selepas 15 tahun anda berhenti merokok?


Saturday, June 23, 2012

Comments: (0)

Rindu

Kadang-kadang rasa rindu jugak nak merokok balik. Bila lalu zon merokok di ofis, tengok perokok-perokok tegar bersantai sambil bergelak tawa. Tak kurang juga yang melayan perasaan, setidak-tidak nya mereka ada sedikit masa untuk diri sendiri. Bebas dari memikirkan hal kerja biarpun dalam seminit dua.

Apa yang aku perasan, sejak berhenti aku dah semakin kurang bertemu dengan orang lain di pejabat selain rakan sekerja sendiri. Asyik tengok muka yang sama dan terperuk duduk di kerusi sampai petang.

Dulu, paling koman pun lah, kalo x bertegur sapa atau bersembang sambil hisap rokok tu adalah nampak muka-muka yang datang dari department yang lain. Dapat lah jugak tambah kenalan baru ye dak. Oh inilah yang dipanggil social smoker.

Hmmm, merokok hanya untuk bersosial? No way man.

Comments: (0)

380 hari??

380 hari tak hisap rokok? Kau ada?

Haha...terbelagak pulak...