Monday, June 13, 2011

seksa hari pertama

Sebenarnya bila kita dah set mind kita untuk tidak lagi merokok pada tarikh keramat yang telah kita tetapkan, kita dah tak boleh lagi pandang ke belakang atau u-turn balik untuk kembali merokok.

Kita juga tak boleh lansung menyentuh rokok apatah lagi terfikir untuk menghisap rokok. Jangan ada terlintas lansung untuk berfikiran seperti contoh di bawah sebab bila dah start hisap balik, memang payah lah nak berhenti:

"Ala sebatang je pun..orang dah bagi,ambik je lah."

"Aduh tak tahan sangat dah ni...mintak rokok syamsol sikit lah..sepam je takpe kot".

"Sap kok barang sebatang dulu, bukan orang tau.."

Hari pertama merupakan hari yang paling seksa bagi perokok yang berkeinginan untuk berhenti.

Masa ini lah syaiton nir rajim akan menghasut anda dengan kata-kata seperti di atas. Yelah, selalunya si syaitan ni dah kenyang makan asap rokok korang, bengang lah diorang bila dah takde sumber makanan.

Hari pertama sangat penting dan merupakan penanda aras untuk menentukan sama ada korang akan berjaya atau tidak untuk hari-hari seterusnya. langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan korang berjaya untuk bertahan pada hari pertama adalah:

1) Hati. Dalam hati mesti mau ada keazaman nak berhenti. Kalau takde hati tak payah lah baca langkah yang seterusnya.

2) Menyibukkan diri bila sampai waktu biasa anda merokok. Contohnya jika anda biasa menghisap rokok lepas bangun tidur, kali ini terus pergi mandi.

3) Makan buah-buahan selepas makan. Memang sudah sedia maklum, waktu lepas makan memang waktu yang paling sedap sekali untuk merokok. Cuba alih perhatian keinginan untuk merokok tu dengan membedal sebiji dua buah-buahan.

4) Sesetengah orang akan mood swing dan mengantuk bila tak dapat rokok. Sebenarnya itu adalah kesan daripada ketiadaan nikotin yang di alami oleh badan kita yang sudah biasa di inject dengan nikotin daripada rokok. Untuk melegakan ketagihan nikotin ni, makanlah ubat pengganti nikotin seperti niquitin atau nicorette. Boleh di dapati di farmasi.

Insyaallah, dengan tiga langkah mudah ini, anda pasti berjaya melepasi seksaan hari pertama tanpa rokok!





0 comments:

Post a Comment