Friday, July 22, 2011

Comments: (0)

Rasmi

Aku rasa aku dah boleh dengan officially nya declare yang aku bukan lah seorang perokok lagi.

Sebab apa? sebab aku dah tak craving dan ketagih akan nikotin lagi.

Walaupun baru 1 bulan dan 2 minggu aku berhenti merokok, jauh di sudut hati aku dapat rasakan yang aku akan berjaya. Insyaallah.

Tiba-tiba aku terfikir, berhenti merokok tidak lah sesusah mana..yang penting cuma perlu bertahan dan bersabar sedikit pada peringkat awal dan menghindarkan diri dari environment yang boleh mempengaruhi diri untuk merokok.

Pendek kata....hati, sabar dan persekitaran.

Tuesday, July 12, 2011

Comments: (0)

demam

Aku tak berapa sihat kebelakangan ni. Tekak sudah mula rasa gatal-gatal dan sakit.Kepala terasa pening-pening lalat.Suhu badan yang kadang-kadang tinggi dan rendah.

Mungkin aku kurang minum air masak dan asyik minum nescafee je. Aku sekarang tengah masyuk minum nescafee sebab dulu gabungan rokok + nescafee akan membuatkan badan aku berangin dan kepalaku migrain. So aku jarang minum nescafe. Itu yang bila dapat minum tak leh stop dah.

Atau mungkin keadaan cuaca sekarang ni yang agak berjerebu. Di ofis aku, ramai jugak lah yang dah diserang dengan batuk-batuk dan selesema.

Atau mungkin juga demam liverpool yang akan berentap dengan Malaysia Sabtu ni.

Atau mungkin demam sebab dah berhenti merokok selama sebulan. Apa dah sebulan? :)

Thursday, July 7, 2011

Comments: (0)

Habit

Bila dah tak ketagih sangat nikotin, tapi masih lagi wujud keinginan untuk merokok itu dipanggil habit.

Dulu tiap kali aku nak mula atau selepas melakukan sesuatu aktiviti seharian, pasti akan di mulakan dengan merokok. Sehinggalah ia nya menjadi habit.

Bangun tidur, hisap rokok.

Lepas mandi, hisap rokok.

Masuk kereta, hisap rokok.

Pandu kereta, hisap rokok.

Keluar kereta, hisap rokok.

Lepas minum, hisap rokok.

Lepas makan, hisap rokok.

Main facebook, hisap rokok.

Main game, hisap rokok.

Baca paper, hisap rokok.

Tengok tv, hisap rokok.

Tunggu bas, hisap rokok.

Tunggu giliran, hisap rokok.

Lepas gaduh, hisap rokok.

Lepas main, hisap rokok.

Sebelum tidur, hisap rokok.

Pendek kata, kalau dapat pahala lah hisap rokok ni, memang semua perokok masuk syurga.


Comments: (0)

Nescafe

Sekarang ni aku dah tak ketagih nikotin.

Tapi ketagih kafein.

Satu hari kalau tak dapat nescafe memang tak sah.

Di ofis, layan ipoh white coffee.

Balik rumah layan nescafe 3 in 1 pulak.

Tiap hari macam ni, silap hari bulan boleh kena kencing manis!


Wednesday, July 6, 2011

Comments: (0)

Bersih

Aku amat tertarik dengan titah Yang DiPertuan Agong berkenaan perhimpunan BERSIH. Tidak bias kepada mana-mana pihak samada kerajaan atau pembangkang namun masih bernas dan padat dengan nasihat dan teguran bagi kedua pihak. Baru lah Agong.

Aku seorang penyokong setia prinsip kebebasan bersuara dan kita juga berhak untuk hidup dengan cara dan pilihan kita sendiri.Namun, apa yang aku nampak perhimpunan ini hanya akan membawa kepada pelbagi perkara yang buruk biarpun tujuan asal nya adalah untuk menukar yang buruk kepada yang baik. Ini bukan lah perhimpunan yang pertama namun kita masih lagi tidak belajar dari sejarah.

Apa yang pasti, sudah hampir sebulan aku bersih daripada cengkaman rokok dan semakin hampir untuk memangkah salah satu azam aku tahun ini.

P/S: Kain yang kotor mudah untuk dibersihkan, hati yang kotor..

Sunday, July 3, 2011

Comments: (0)

mimpi

Malam tadi aku telah mengalami suatu mimpi yang sangat mengerikan.

Detail dan storyline mimpi itu aku dah tak berapa nak ingat.

Tapi yang aku masih lagi ingat adalah dalam mimpi tu aku dah merokok kembali dan aku berasa amat kecewa kerana segala pengorbanan aku selama ini sia-sia.

Namun, tiba-tiba aku terjaga dan berasa amat lega yang aku cuma bermimpi.
Tapi macam real jugak lah hisap rokok dalam mimpi tu. Feel dia memang sama.

Dapat dalam mimpi pun jadilah...