Friday, June 17, 2011

amarah

Ini adalah cubaan pertama update blog guna henpon. Tak best lansung sebab skrin dan keypad kecik. Tapi daripada tak buat apa-apa dekat burger king ni sorang-sorang baik aku menulis blog.

Salah satu habit biasa untuk merokok yang sukar di tangani ialah bila tengah dalam keadaan marah. Lepas marah je mesti nak hisap rokok. Selalunya lepas gaduh dengan bini atau lepas kena sound dengan bos mesti nak hisap rokok. Dah jadi habit.

Masa aku baru sampai ke burger king tadi dan nak cari tempat duduk, ada sorang mamat ni block laluan antara meja sebab nak duduk sekali dengan kawan-kawan dia. Untuk pergi ke satu-satunya meja yang kosong aku kena lalu lorong yang dah di block mamat ni.

Aku takde pilihan lain, bila sampai je depan mamat tu, aku pandang si mamat tu sambil berkata "excuse me". Dia macam buat tak tau. Aku terkaku sekejap beberapa saat. Aku ulang lagi "excuse me!". Barulah dia pandang aku dengan gaya kl gangster. Sambil buat muka nak mintak penampar 50 kali dia bangun dan bagi aku laluan.

Itu jam, darah terus mendidih dan perasaan untuk naik angin memuncak. Dalam hati dah sumpah seranah. Tiba-tiba terus rasa nak pergi 7-e beli marlboro sekotak.

Tapi entah kenapa perasaan amarah tadi tiba-tiba melega seperti besi yang panas di curah kan air. Oh Mungkin selepas tekak dan perut di isi dengan air sprite dan burger whooper junior tadi..

2 comments:

Anonymous said...

walau kite tak kenal, tp topik ni rasa dekat sgt ngn hati. tah cane blh plk terfolo ur blog.
the point here is skrg sy agak rapat dgn somebody. even takde planning pun nk kawin, tp kwn sy ni heavy smoker. i dont like that. masa mula dating dulu, boleh je kot tahan tak smoke even penah la kantoi lepas g toilet terbau je...skrg lepas sy dh bg green lantern, trus depan2 selamba mak je isap, bkn sbtg dua, mau sparuh kotak.

ras sungguh sakit dada dan sanubari. i urged him. he needs to stop if he want us up to the next level. famly sy takde sape merokok, as my dad sees smoker as badman. u noe wat i mean?

if only he can read and follow ur blog. mebi dia akan terkesima dgn kecekalan u. definitely i will link u to the taknak campaign. btw, whoever u are, u will succeed. its a war, right. btwn u and urself. good luck!

orang-orang said...

Hi Anonymous,

Tahniah kerana menjadi pengomen pertama blog saya. Kalau saya kaya saya dah bagi ipad sebagai hadiah. Haha.

Sebenarnya, situasi anda sama je dengan isteri saya dulu. Saya faham bila mana anda kata family anda tidak suka kepada perokok sama sahaja dengan family isteri saya.

Apa yang anda boleh lakukan ialah tanpa putus asa, sentiasa ingatkan kawan anda itu jika dia betul-betul sayangkan awak dan hendak move to the next level, dia harus berhenti merokok. Setiap kali berjumpa, ingatkan sampai dia akan rasa sedikit 'annoyed'. Lelaki tak suka di 'annoy'.

Berdasarkan pengalaman, kawan anda itu mungkin tak akan ambil port saranan anda itu. Bagi dia, awak tiada hak untuk melarang dan mungkin dia rasa quitting smoking is impossible since he is a chain smoker. Tapi percayalah, jika dia betul-betul sayangkan awak, dia pasti at least akan 'cuba' untuk berhenti.

Bila dia sudah mula mencuba, trust me..it will be a good start :)

Post a Comment