Tuesday, June 14, 2011

ok thats it

Ini bukan lah percubaan yang pertama untuk aku berhenti merokok. Sebenarnya dah banyak kali. Pertama kali aku cuma berjaya tahan sehari. Itupun sebab tak ada transport nak beli rokok. Tapi aku rasa ada jugak kot orang yang sanggup jalan kaki berbatu-batu semata-mata nak beli rokok bila dah sangap.

Kali kedua aku berjaya tahan lama sikit, seingat aku 3-4 hari jugak lah. Tapi akhirnya terkandas juga. Masa ni tengah belajar zaman universiti dulu. Mungkin tak tahan dengan tekanan rakan sebaya dan juga tekanan belajar. Belum masuk tekanan awek lagi tu, tekanan motor rosak, tekanan perasaan sebilik dengan pengotor, tekanan memikirkan masa depan..eh banyak lah..tapi thats not the point here ok..

Kali seterusnya adalah yang sampai seminggu. Time tu hebat, sampai tahap menyampah gila dengan bau dan asap rokok sampai rasa nak muntah. Err..tapi masa tu aku tengah demam...

Baru-baru ni, tak sampai tiga bulan yang lalu aku berjaya menahan diri daripada merokok selama sebulan! Ya sebulan! Waktu tu baru jer beberapa bulan kahwin. Dalam tengah sweet-sweet tu ter vow pulak kat bini kata nak berhenti smoking demi keluarga kononnya lah kan. Tapi hampeh jugak...dah tu bila lunch je asyik dok bau asap rokok kengkawan jer..mana tahan beb. Ini boleh masuk dalam bab pantang iaitu hindari kawan-kawan perokok.

Tapi kali ini lain..motivasi aku kali ni kuat...sangat kuat. Tiba-tiba aku teringat yang suatu masa dulu, aku pernah bernazar...ya bernazar kepada Allah swt untuk sesuatu yang aku mahukan pada masa tu. Yang pandainya, aku boleh pulak bernazar untuk berhenti merokok. Kenapa lah aku tak bernazar puasa sunat sehari ke. Botakkan rambut ke. Derma 100 ringgit kat masjid ke. Tapi takpelah..mungkin ada hikmah nya disitu. Sebab itu kalau kita nak bernazar, biarlah bernazar dengan benda yang mampu dan senang kita buat. Baru tau..

Selain itu, Oprah juga memotivasi kan aku. Aku pernah dengar dalam show dia satu ayat miracle ni "Now or Never". Dalam bahasa melayu nya, "sama ada hang buat la ni jugak atau sampai bila pun hang akan jadi lagu tu". Terima Kasih Oprah, if you read this..i owe you.






0 comments:

Post a Comment