Friday, October 14, 2011

Comments: (0)

rokok babi


Aku rasa ada darah babi ke, darah anjing ke, darah ular ke, hatta darah ikan jaws sekalipun, perokok akan tetap merokok.

Sama lah kesnya apabila kerajaan naik kan harga rokok sampai sepuluh hengget untuk satu kotak besar dalam ada 20 batang. Aku rasa, kalau harga nya naik sampai RM50 hengget sekalipun, perokok akan tetap terus berasap.

Bagi yang tidak merokok mungkin tak akan paham kenapa lah yang payah sangat nya nak berhenti. Tapi dont worry, aku paham. Rokok dan perokok memang dah terikat dan bersatu. Jangan sesekali cuba pisahkan nya. Oleh itu, satu-satu nya cara yang boleh buat perokok berhenti adalah "hati". Orang kata, hati tu mesti mau ada. Kena tanam dalam hati suatu niat dan keazaman yang kuat untuk berhenti.

Setidak-tidak nya, ketagih rokok masih boleh dan senang diubati jika nak dibandingkan dengan ketagih dadah. Cuma tinggal nak atau taknak jer.

Renung-renungkan dan selamat menghisap babi wahai perokok. Cuba bayangkan ko angkat seekor babi, pastu ko jilat-jilat kulit babi tu, dah ada hati nak berhenti merokok tak? (Perokok tegar baca ni memang ngamuk lah wa cakap sama lu)




Wednesday, October 12, 2011

Comments: (3)

Masih berdiri..

Ya..aku masih lagi berdiri gagah disini. Masih lagi bernyawa dengan hirupan udara segar tanpa noda walau setitis sel nikotin.

Aku dah mencapai matlamat lebih 100 hari tanpa nikotin. Suatu perkara yang dulunya aku rasa amat mustahil dan ajaib namun tak disangka aku berjaya juga. Dah boleh buat filem dah tajuk 100 hari tanpa nikotin..kalau ada tuan director nak buat filem macam ni boleh cari aku. Kalau National Geographic nak buat dokumentari pun boleh.

Pelbagai dugaan, ujian aku terpaksa tempuhi dalam mereliasasikan matlamat aku ni. Sudah beberapa kali hampir tertewas dengan nyaris membakar sepuntung rokok. Semuanya gara-gara tekanan kerja dan hidup serta pelawaan syaiton-syaiton yang sengaja mahu melumpuhkan semangat aku. Namun itu semua dapat aku tepis.

Syukur, alhamdulillah. Ya Allah, Kau kuatkan lah semangat aku supaya aku berjaya berhenti selama-lamanya. Amin.

Wednesday, August 17, 2011

Comments: (2)

Tak percaya

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung halaman untuk berbuka puasa dengan keluarga. Bulan ramadhan di kampung memang berbeza suasananya dengan di bandar. Lebih feel.

Selepas berterawikh, aku lepak kejap makan moreh dulu dengan ayah dan abang ipar aku. Ayah dan abang ipar aku juga perokok yang pernah berhenti suatu ketika dulu tapi akhirnya merokok kembali.

Sambil menghirup teh tarik dan diselangi dengan beberapa hisapan dan hembusan sebatang rokok suria gudang garam, kenikmatan tampak jelas kelihatan di wajah ayahku. Kemudian dia menghulurkan katak rokok suria itu kepada abang ipar aku dan tanpa berlengah abang ipar aku pun menyalakan rokok suria itu dengan rakus.

Aku pula hanya cukup dengan kenikmatan teh tarik surau kampung yang dah lama aku tak rasa. Biasalah, pergi surau pun time bulan puasa je. Setelah hampir separuh batang rokok dihisap oleh abang ipar aku, dia baru perasan yang aku tak merokok.

"Eh, tak hisap rokok ke?", tanya abang ipar aku.
"Dah quit lah, 2 bulan.", jawab aku.
"Ooo, memang tak hisap langsung ke? sebatang pun?" , tanya abang ipar aku lagi sambil buat muka tak percaya.
"yer..". Jawab aku lagi.

Ramai orang tak percaya aku dah berhenti atau beranggapan aku tak akan berjaya berhenti. Yelah dah hisap rokok 10 tahun kot. Bukannya dah 10 tahun hisap coki-coki, ini rokok. Tapi takpe aku akan buktikannya!

Friday, August 5, 2011

Comments: (0)

Hampir tertewas..

Rasanya macam dah lama giler tak update perkembangan terkini tentang misi berhenti merokok aku. Semuanya gara-gara kerja di ofis yang tak berkesudahan. Sampaikan nak sembahyang terawih pun tak berkesempatan lagi disebabkan balik rumah pun kena mengadap lagi hal kerja. Cewah alasan.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku masih belum lagi menyerah kalah walaupun pernah beberapa kali hampir tertewas.

Pernah pada suatu malam, aku baru balik dari kerja dengan badan yang sangat letih dan tidak cukup tidur ekoran dari stay up malam yang sebelumnya. Sampai sahaja rumah,aku sambung kembali kerja yang masih belum selesai. Tiba-tiba aku terbau seakan-akan bau rokok yang sebenarnya amat aku rindui di saat-saat genting ini yang datang entah dari mana. Aku pun keluar ke balkoni apartmentku dan memandang ke kedai 7-e di bawah sambil memasang niat. 7-e masih buka. Eh, bukan 7-e memang buka 24jam ke? haha. Hati kecil aku berkata.."Thats it lah, aku nak hisap rokok! aku tak peduli!"

Tapi akhirnya niat jahat aku berakhir begitu saje lepas aku pergi mandi dan badan menjadi lebih segar dan otak boleh berfikir dengan sedikit waras. Maknanya tips mandi bila ketagih nak rokok itu betul dan tak dapat disangkal lagi.

Pernah juga pada suatu hari ni aku terjumpa balik kotak rokok marlboro aku yang lama. Bila di buka masih lagi berisi. Tiba-tiba banyak pulak bisikan syaiton hasut suruh light je sebatang. Eh,bukan bulan puasa syaiton kena ikat ke? Oh mungkin diri sendiri yang tak tahan. Nasib baik tengah puasa.Kalo tak..selamat. Sia-sia jer pengorbanan aku selama ni. Tanpa buang masa, terus aku buang kotak rokok tu jauh-jauh..bahaya.

Sekian. Selamat berpuasa!

Friday, July 22, 2011

Comments: (0)

Rasmi

Aku rasa aku dah boleh dengan officially nya declare yang aku bukan lah seorang perokok lagi.

Sebab apa? sebab aku dah tak craving dan ketagih akan nikotin lagi.

Walaupun baru 1 bulan dan 2 minggu aku berhenti merokok, jauh di sudut hati aku dapat rasakan yang aku akan berjaya. Insyaallah.

Tiba-tiba aku terfikir, berhenti merokok tidak lah sesusah mana..yang penting cuma perlu bertahan dan bersabar sedikit pada peringkat awal dan menghindarkan diri dari environment yang boleh mempengaruhi diri untuk merokok.

Pendek kata....hati, sabar dan persekitaran.

Tuesday, July 12, 2011

Comments: (0)

demam

Aku tak berapa sihat kebelakangan ni. Tekak sudah mula rasa gatal-gatal dan sakit.Kepala terasa pening-pening lalat.Suhu badan yang kadang-kadang tinggi dan rendah.

Mungkin aku kurang minum air masak dan asyik minum nescafee je. Aku sekarang tengah masyuk minum nescafee sebab dulu gabungan rokok + nescafee akan membuatkan badan aku berangin dan kepalaku migrain. So aku jarang minum nescafe. Itu yang bila dapat minum tak leh stop dah.

Atau mungkin keadaan cuaca sekarang ni yang agak berjerebu. Di ofis aku, ramai jugak lah yang dah diserang dengan batuk-batuk dan selesema.

Atau mungkin juga demam liverpool yang akan berentap dengan Malaysia Sabtu ni.

Atau mungkin demam sebab dah berhenti merokok selama sebulan. Apa dah sebulan? :)

Thursday, July 7, 2011

Comments: (0)

Habit

Bila dah tak ketagih sangat nikotin, tapi masih lagi wujud keinginan untuk merokok itu dipanggil habit.

Dulu tiap kali aku nak mula atau selepas melakukan sesuatu aktiviti seharian, pasti akan di mulakan dengan merokok. Sehinggalah ia nya menjadi habit.

Bangun tidur, hisap rokok.

Lepas mandi, hisap rokok.

Masuk kereta, hisap rokok.

Pandu kereta, hisap rokok.

Keluar kereta, hisap rokok.

Lepas minum, hisap rokok.

Lepas makan, hisap rokok.

Main facebook, hisap rokok.

Main game, hisap rokok.

Baca paper, hisap rokok.

Tengok tv, hisap rokok.

Tunggu bas, hisap rokok.

Tunggu giliran, hisap rokok.

Lepas gaduh, hisap rokok.

Lepas main, hisap rokok.

Sebelum tidur, hisap rokok.

Pendek kata, kalau dapat pahala lah hisap rokok ni, memang semua perokok masuk syurga.


Comments: (0)

Nescafe

Sekarang ni aku dah tak ketagih nikotin.

Tapi ketagih kafein.

Satu hari kalau tak dapat nescafe memang tak sah.

Di ofis, layan ipoh white coffee.

Balik rumah layan nescafe 3 in 1 pulak.

Tiap hari macam ni, silap hari bulan boleh kena kencing manis!


Wednesday, July 6, 2011

Comments: (0)

Bersih

Aku amat tertarik dengan titah Yang DiPertuan Agong berkenaan perhimpunan BERSIH. Tidak bias kepada mana-mana pihak samada kerajaan atau pembangkang namun masih bernas dan padat dengan nasihat dan teguran bagi kedua pihak. Baru lah Agong.

Aku seorang penyokong setia prinsip kebebasan bersuara dan kita juga berhak untuk hidup dengan cara dan pilihan kita sendiri.Namun, apa yang aku nampak perhimpunan ini hanya akan membawa kepada pelbagi perkara yang buruk biarpun tujuan asal nya adalah untuk menukar yang buruk kepada yang baik. Ini bukan lah perhimpunan yang pertama namun kita masih lagi tidak belajar dari sejarah.

Apa yang pasti, sudah hampir sebulan aku bersih daripada cengkaman rokok dan semakin hampir untuk memangkah salah satu azam aku tahun ini.

P/S: Kain yang kotor mudah untuk dibersihkan, hati yang kotor..

Sunday, July 3, 2011

Comments: (0)

mimpi

Malam tadi aku telah mengalami suatu mimpi yang sangat mengerikan.

Detail dan storyline mimpi itu aku dah tak berapa nak ingat.

Tapi yang aku masih lagi ingat adalah dalam mimpi tu aku dah merokok kembali dan aku berasa amat kecewa kerana segala pengorbanan aku selama ini sia-sia.

Namun, tiba-tiba aku terjaga dan berasa amat lega yang aku cuma bermimpi.
Tapi macam real jugak lah hisap rokok dalam mimpi tu. Feel dia memang sama.

Dapat dalam mimpi pun jadilah...


Thursday, June 30, 2011

Comments: (1)

20 hari

Kebelakangan ini aku agak sibuk. Sampai seminggu tak update blog. Wife aku cakap bukan ada orang nak baca pun kalo berupdate. Eleh, dia jugak yang baca. Aku sebenarnya sibuk dengan hal kerja. Dateline dah semakin dekat tapi projek nya tak siap-siap lagi. Duduk di ofis sampai malam, balik rumah sambung lagi kerja sampai pagi. Semua ini demi sesuap nasi.

Jikalau aku masih lagi merokok, inilah masanya di mana aku mungkin boleh mencapai ke tahap perokok yang merokok at least 2 kotak sehari. Dia punya tekanan...marvellous. Tapi aku bersyukur yang aku masih lagi boleh bertahan.

Team leader aku baru tau yang aku dah quit smoking. Selalunya dia lah yang ajak aku pergi "tarik". Mungkin dia dah bet dengan teammate aku yang lain yang aku pasti tak kan boleh bertahan lama sebab dia asyik lah nak tunjuk-tunjuk, usap-usap rokok dia depan aku. Atau mungkin dia dah takde geng nak "tarik".

Tapi, sejak aku quit smoking ni..makin ramai lah pulak awek-awek yang baru join the company ni smoking. Time aku merokok dulu takde pulak..hehe..tapi serius aku memang tak suka perempuan yang merokok. Melanggar fitrah keperempuanan.

Yang pasti, sudah 20 hari badan aku bebas dari tar dan nikotin. Ho yeah!

Thursday, June 23, 2011

Comments: (0)

14 hari

Tak sangka aku berjaya mengharungi dunia tanpa rokok sehingga ke hari 14. Cabaran dia makin lama makin hebat sehingga kadang-kadang tak sanggup aku untuk menanggung akan keperitan ini lagi..eeewah.

Walaupun lama-kelamaan perasaan craving untuk merokok semakin berkurang, tapi bila masuk waktunya wajib merokok seperti selepas terbitnya fajar pagi iaitu bangun dari tidor atau selepas habisnya waktu bekerja, atau selepas keluar panggung wayang, atau selepas melantak makanan sedap-sedap pasti akan tergugat sedikit iman aku. Nak-nak bila ada terbau sipi-sipi asap rokok orang lain, pegh...

Baru-baru ni aku terserempak dengan bekas housemate aku, dia seorang perokok tegar dan pernah juga mendapat petunjuk dan hidayah untuk berhenti merokok seperti aku. Tapi tak lama sebelum dark sidenya menghasut dia kembali untuk merokok. Dia ajak aku untuk melepak minum borak-borak sebab dah lama tak jumpa tapi dengan sepantas kilat, terlintas di minda aku akan salah satu pantang yang aku dok amal selama ni..

1) Jangan melepak.
2)Hindari kawan-kawan perokok (buat sementara).
3) Jangan melepak dengan kawan-kawan perokok.

Jika terlanggar akan pantang ini, nescaya buruk padah nya menanti anda..

Tuesday, June 21, 2011

Comments: (0)

stadium

Tiba - tiba aku baru terfikir, orang tengok bola dalam stadium mesti nak hisap rokok.

Dan bukan sorang dua je yang tengok bola tu..beribu.

Dalam beribu tu paling koman mesti at least 30% hisap rokok.

Oh man..

Monday, June 20, 2011

Comments: (0)

anda tak berjalan sorang-sorang

Aku dah berjaya save rm100 dengan tidak merokok selama 10 hari.

Banyak juga kan?

Dulu masa harga rokok murah lagi tak rasa sangat duit tu luak sebab rokok. Sekarang agak terasa lah jugak. Mesti kerajaan bangga kalau baca ni kan sebab langkah diorang naik kan harga rokok berhasil. Tapi dekat aku lah..orang lain aku tak tau..

Apa aku nak buat dengan duit seratus hengget ni?

Aku dah pun beli tiket untuk Liverpool Asia tour 2011!

Harap-harap dapat salam dengan Gerard.


Sunday, June 19, 2011

Comments: (0)

10 hari

Hari kesepuluh ni aku cuba untuk tidak mengambil niquittin iaitu sejenis ubat pengganti nikotin. Selalunya aku akan ambil satu atau dua biji sehari. Ikut lah kalau sangap sangat ambil lebih sikit. Dalam satu biji mengandungi 2 miligram nikotin. Ada jugak di jual satu biji mengandungi 4 miligram nikotin.

Sebaik sahaja sampai waktu tengahari dan lepas lunch, mata aku dah jadi layu. Badan terasa amat lemau dan tak bermaya. Tekak asyik terasa haus dan dahaga. Sudah puas anak tekak ni dibasahi dengan air sejuk, air panas, air nescafee, air gas..semuanya tak lut.

Mulut ni pulak dok asyik lah mengunyah. Epal, kerepek ubi, kuaci bunga, asam boi, semuanya tak dapat memenuhi kehendak anak tekak ni. Seperti masih ada lagi yang kurang.

Akhirnya, aku bantai tido sampai petang. Nasib baik lah hujung minggu. Kuat jugak penangan nikotin ni. Yelah..nama pun dadah kan. No wonder lah banyak orang berisi lepas berhenti merokok...

Comments: (1)

Kasih ayah

Bapa aku juga seorang perokok tegar. Malah lebih heavy daripada aku. Satu hari dia hisap 2 kotak rokok bersamaan dengan 40 batang rokok. Ironinya, dia dah berhenti merokok selama hampir 20 tahun atas alasan tidak mahu anak-anak nanti ikut merokok.Tapi akhirnya aku dan adik aku terjebak jugak.

Sayang sekali dia mula kembali merokok 2 tahun yang lepas. Aku agak terkejut apabila mengetahui akan perkara ni. Alasan yang diberikan adalah dia sering sakit kepala atau migrain sejak dia berhenti merokok dulu. Jadi aku pun bertanya lagi, selepas merokok kembali ni adakah sakit kepalanya hilang? Sudah tentu jawapannya tidak malahan bertambah pulak sakit yang lain.

Sebagai anak, aku hanya mampu menasihati dia dan berdoa semoga penyakitnya itu hilang. Sekarang giliran aku pulak cakap dekat dia yang aku berhenti merokok sebab aku pun tak nak dia merokok jugak.

"Because why dad? Because i love u so much daddy." ...tapi part ni aku cakap dalam hati je lah..biasalah anak jantan, lelaki gasar tapi dalam hati still ada taman..

Selamat hari bapa.

Friday, June 17, 2011

Comments: (2)

amarah

Ini adalah cubaan pertama update blog guna henpon. Tak best lansung sebab skrin dan keypad kecik. Tapi daripada tak buat apa-apa dekat burger king ni sorang-sorang baik aku menulis blog.

Salah satu habit biasa untuk merokok yang sukar di tangani ialah bila tengah dalam keadaan marah. Lepas marah je mesti nak hisap rokok. Selalunya lepas gaduh dengan bini atau lepas kena sound dengan bos mesti nak hisap rokok. Dah jadi habit.

Masa aku baru sampai ke burger king tadi dan nak cari tempat duduk, ada sorang mamat ni block laluan antara meja sebab nak duduk sekali dengan kawan-kawan dia. Untuk pergi ke satu-satunya meja yang kosong aku kena lalu lorong yang dah di block mamat ni.

Aku takde pilihan lain, bila sampai je depan mamat tu, aku pandang si mamat tu sambil berkata "excuse me". Dia macam buat tak tau. Aku terkaku sekejap beberapa saat. Aku ulang lagi "excuse me!". Barulah dia pandang aku dengan gaya kl gangster. Sambil buat muka nak mintak penampar 50 kali dia bangun dan bagi aku laluan.

Itu jam, darah terus mendidih dan perasaan untuk naik angin memuncak. Dalam hati dah sumpah seranah. Tiba-tiba terus rasa nak pergi 7-e beli marlboro sekotak.

Tapi entah kenapa perasaan amarah tadi tiba-tiba melega seperti besi yang panas di curah kan air. Oh Mungkin selepas tekak dan perut di isi dengan air sprite dan burger whooper junior tadi..

Thursday, June 16, 2011

Comments: (0)

Lain macam

Hari ke tujuh punya challenge lain macam sikit.

Mengantuk dia lain macam..

Craving dia lain macam..

Mood swing dia lain macam..

Nak macam orang jatuh cinta pun ada..

Nak macam orang jatuh bangkrap pun ada jugak..

Nak tau macam apa?

***

haaaiiihh ( mengeluh)

***

heeemph fuuuuh (tarik nafas dan menghembus nafas)

***

macam....toooooooooot!

***

Dia macam filem pendek jugak, terserah kepada anda jawapan dan ending yang bagaimana anda mahukan.

Wednesday, June 15, 2011

Comments: (0)

ASAP

ASAP bukanlah akronim untuk as soon as possible tapi merupakan suatu kempen atau pergerakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya golongan muda tentang bahaya rokok. Aku terbaca tentang ASAP ni dalam surat khabar.

Dengan berbekalkan modal sebanyak rm130,000 daripada dana belia 1Malaysia, sebuah filem pendek bertajuk CINTA AKHIR telah dihasilkan dan di bintangi oleh pelakon tak asing lagi iaitu Liyana Jasmay dan Pierre Andre.


Bagi aku, jalan cerita filem ni interesting jugak lah. Dan juga seperti filem-filem pendek yang lain, pengakhiran cerita dia agak mengecewakan dan tidak sempurna di mana penonton sendiri yang kena fikir pengakhiran yang bagaimana mereka mahukan.

Tetapi secara jujurnya, aku berani jamin yang mesej filem ini tak akan sampai ke golongan sasaran pengarah iaitu golongan remaja. Sebab apa, golongan remaja susah nak relate kan diri diorang dengan isi dan kandungan filem ni.

Mungkin apa yang diorang dapat relate kan ialah suatu perkara yang negatif pula seperti di bawah ini berbanding mesej positif yang ingin disampaikan.

"Macam best jer liyana Jasmay tu hisap rokok".
"Aku pun nak try lah".
"Mesti ada budak laki yang nak ngorat aku nanti".

Sebenarnya, cara paling senang untuk tekel hati anak-anak muda remaja ialah buat semuanya seperti nampak cool di mata diorang. Caranya ialah dengan menjadikan tidak merokok itu suatu perbuatan yang sangat lah cool nya.

Bagi remaja, budaya yang wujud sekarang ini ialah anda akan kelihatan sangat cool jika anda merokok. Percaya atau tidak inilah realiti dan kebenarannya.

Mungkin boleh di upah Zizan raja lawak atau Noh Hujan atau Liyana Jasmay atau sesiapa sahaja yang agak cool dan mempunyai daya pengaruh yang tinggi kepada remaja untuk berlakon dalam sebuah iklan di mana mereka ini mempromosi kan diri mereka bukan perokok. Dan iklan ini di siarkan setiap hari semasa rancangan yang remaja suka sangat tengok seperti...err apa ye? showdown kot?

Secara subliminal nya, pasti akan tertembus dan tertanam dalam sanubari dan otak mereka yang merokok ini tidak lah cool sebenarnya dan tidak akan cuba untuk merokok. Bagi yang sudah merokok pasti akan cuba untuk berhenti dan berkata

"Saya cool sebab saya tak merokok..macam Noh hujan"











Tuesday, June 14, 2011

Comments: (0)

bibir merah

Masa kecik dulu bibir aku merah. Aku tak tau lah orang lain merah jugak ke tak, tapi bila kena padanan bibir merah dengan tona warna kulit aku yang putih ni, memang hensem lah beb.

Kecik-kecik dah hensem, dah besar apatah lagi.

Tapi itu semua cerita dulu, sebelum puntung rokok mula berjinak-jinak di atas bibir aku yang merah bagaikan di gincu-gincu.

Sekarang...bukan setakat bibir jer hitam, gigi berkerak-kerak, berkarat, berselaput semua ada.

Tapi kalau dah besar gagah camni bibir merah sangat pun orang kata apa pulak kan...Ingat Farid kamil ke apa?

Comments: (0)

ok thats it

Ini bukan lah percubaan yang pertama untuk aku berhenti merokok. Sebenarnya dah banyak kali. Pertama kali aku cuma berjaya tahan sehari. Itupun sebab tak ada transport nak beli rokok. Tapi aku rasa ada jugak kot orang yang sanggup jalan kaki berbatu-batu semata-mata nak beli rokok bila dah sangap.

Kali kedua aku berjaya tahan lama sikit, seingat aku 3-4 hari jugak lah. Tapi akhirnya terkandas juga. Masa ni tengah belajar zaman universiti dulu. Mungkin tak tahan dengan tekanan rakan sebaya dan juga tekanan belajar. Belum masuk tekanan awek lagi tu, tekanan motor rosak, tekanan perasaan sebilik dengan pengotor, tekanan memikirkan masa depan..eh banyak lah..tapi thats not the point here ok..

Kali seterusnya adalah yang sampai seminggu. Time tu hebat, sampai tahap menyampah gila dengan bau dan asap rokok sampai rasa nak muntah. Err..tapi masa tu aku tengah demam...

Baru-baru ni, tak sampai tiga bulan yang lalu aku berjaya menahan diri daripada merokok selama sebulan! Ya sebulan! Waktu tu baru jer beberapa bulan kahwin. Dalam tengah sweet-sweet tu ter vow pulak kat bini kata nak berhenti smoking demi keluarga kononnya lah kan. Tapi hampeh jugak...dah tu bila lunch je asyik dok bau asap rokok kengkawan jer..mana tahan beb. Ini boleh masuk dalam bab pantang iaitu hindari kawan-kawan perokok.

Tapi kali ini lain..motivasi aku kali ni kuat...sangat kuat. Tiba-tiba aku teringat yang suatu masa dulu, aku pernah bernazar...ya bernazar kepada Allah swt untuk sesuatu yang aku mahukan pada masa tu. Yang pandainya, aku boleh pulak bernazar untuk berhenti merokok. Kenapa lah aku tak bernazar puasa sunat sehari ke. Botakkan rambut ke. Derma 100 ringgit kat masjid ke. Tapi takpelah..mungkin ada hikmah nya disitu. Sebab itu kalau kita nak bernazar, biarlah bernazar dengan benda yang mampu dan senang kita buat. Baru tau..

Selain itu, Oprah juga memotivasi kan aku. Aku pernah dengar dalam show dia satu ayat miracle ni "Now or Never". Dalam bahasa melayu nya, "sama ada hang buat la ni jugak atau sampai bila pun hang akan jadi lagu tu". Terima Kasih Oprah, if you read this..i owe you.






Monday, June 13, 2011

Comments: (0)

seksa hari pertama

Sebenarnya bila kita dah set mind kita untuk tidak lagi merokok pada tarikh keramat yang telah kita tetapkan, kita dah tak boleh lagi pandang ke belakang atau u-turn balik untuk kembali merokok.

Kita juga tak boleh lansung menyentuh rokok apatah lagi terfikir untuk menghisap rokok. Jangan ada terlintas lansung untuk berfikiran seperti contoh di bawah sebab bila dah start hisap balik, memang payah lah nak berhenti:

"Ala sebatang je pun..orang dah bagi,ambik je lah."

"Aduh tak tahan sangat dah ni...mintak rokok syamsol sikit lah..sepam je takpe kot".

"Sap kok barang sebatang dulu, bukan orang tau.."

Hari pertama merupakan hari yang paling seksa bagi perokok yang berkeinginan untuk berhenti.

Masa ini lah syaiton nir rajim akan menghasut anda dengan kata-kata seperti di atas. Yelah, selalunya si syaitan ni dah kenyang makan asap rokok korang, bengang lah diorang bila dah takde sumber makanan.

Hari pertama sangat penting dan merupakan penanda aras untuk menentukan sama ada korang akan berjaya atau tidak untuk hari-hari seterusnya. langkah-langkah yang boleh diambil untuk memastikan korang berjaya untuk bertahan pada hari pertama adalah:

1) Hati. Dalam hati mesti mau ada keazaman nak berhenti. Kalau takde hati tak payah lah baca langkah yang seterusnya.

2) Menyibukkan diri bila sampai waktu biasa anda merokok. Contohnya jika anda biasa menghisap rokok lepas bangun tidur, kali ini terus pergi mandi.

3) Makan buah-buahan selepas makan. Memang sudah sedia maklum, waktu lepas makan memang waktu yang paling sedap sekali untuk merokok. Cuba alih perhatian keinginan untuk merokok tu dengan membedal sebiji dua buah-buahan.

4) Sesetengah orang akan mood swing dan mengantuk bila tak dapat rokok. Sebenarnya itu adalah kesan daripada ketiadaan nikotin yang di alami oleh badan kita yang sudah biasa di inject dengan nikotin daripada rokok. Untuk melegakan ketagihan nikotin ni, makanlah ubat pengganti nikotin seperti niquitin atau nicorette. Boleh di dapati di farmasi.

Insyaallah, dengan tiga langkah mudah ini, anda pasti berjaya melepasi seksaan hari pertama tanpa rokok!





Comments: (0)

KL Gangster

Ramai orang cakap cerita ni best, gempak, hero hensem belaka, kelakar sebab ada zizan Raja Lawak.

Pastu siap kecoh-kecoh lagi gaduh pasal filem ni menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Siap dialog-dialog dalam filem ni dah di buat facebook page untuk di like.

Tapi bila memikirkan yang filem ni cerita pasal gangster. Mesti banyak scene gangster hisap rokok.

Pantang bagi orang nak berhenti rokok ialah tak boleh tengok orang lain hisap rokok.Takut berjangkit.

Comments: (0)

5 hari tanpa sepuntung tembakau di bibir

Hari ini adalah hari kelima aku tanpa rokok. Perasaan sedikit teruja berjaya tahan sejauh ini.

Dengan status sebagai perokok tegar, berjaya menahan diri daripada merokok selama 5 hari memang sesuatu yang agak wow. Bagi sesetengah orang, 5 jam tanpa nikmat hembusan asap tar dan nikotin sudah cukup azab, apatah lagi 5 hari?

Serentak dengan itu, terdetik di hati untuk menulis di blog ni sebagai peringatan untuk diri sendiri. Mana tau bila tiba-tiba rasa down dan nak cari balik rokok boleh refer balik kat blog ni buat motivasi.

Kalau dah berjaya sampai 12 bulan nak buat parti.